Wednesday 27 February 2019

kimci / kimchi

... Kak Monie pernah buat kimchi tetapi bila buat carian tak jumpa pula. Puas buat carian dalam dua blog lama MONIE 1  dan MONIE 2 - resipi menggunakan tepung pulut yang dimasak seperti kanji. Kak Monie bawa ke rumah arwah nenek saudara di Jalan Gasing  ketika menziarah beliau bersama sepupu - puji nenek kimchi ni sedap dan minta pembantu rumah simpan untuk uncle-uncle lain. Al- Fatihah untuk nenek Wahidah. Hari ni Kak Monie buat versi tidak menggunakan kanji.

Mengapa Kak Monie tak buat versi kanji? Sebabnya dah pernah rasa, elok rasa versi tanpa kanji dan tak perlu menunggu sehingga penapaian sayur bertukar menjadi buih-buih kecil baharu simpan dalam peti sejuk dan sayur sudah menjadi lembut. Selepas siap mengkimchi/mengkimci Kak Monie terus masuk dalam peti sejuk sebab nak kobis ranggup sedikit, jika disimpan makin lama kobis akan lembut juga. 

Kalau rajin nanti keluar beli daun bawang dan tambah dalam bekas kimchi/kimci - nanti buka puasa baru boleh beritahu rasanya. Yang penting nak ranggup - nanti Kak Monie makan dengan nasi goreng atau mi segera he he he.




asal tak nak letak tetapi bila warna nampak pucat terpaksa letak



selepas diperam 8 jam







Resipi
1/2 kobis panjang (sekitar 810 g)
3 sudu besar garam
  - basuh dan tos
  - letak garam dalam setiap kelopak
  - masuk dalam bekas dan tutup
  - peram sekitar 7-8 jam
  - cuci bersih, ulang 3 kali
  - toskan
  - potong selebar 2 inci
  - tos lagi
  ***boleh juga dipotong kemudian tabur garam dan peram - Kak Monie selepas peram baharu potong
  ***ada juga resipi yang peram hanya sekitar 1-2 jam

1 biji epal Fiji - potong panjang
1 1/2 karot - potong panjang
 * daun bawang - potong 2 inci (tak boh sebab tak ada)
1 1/2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk cili

bahan kisar:
1 biji bawang Holland
1 biji epal hijau
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar madu
  - kisar, kemudian goncang balang
  - goncang supaya pengisar boleh bergerak
  - tak perlu letak air

cara penyediaan:
 - gaul bahan kisar dengan epal, karot dan daun bawang
 - masukkan kobis
 - simpan dalam bekas kedap
 - masukkan dalam peti sejuk

No comments:

Post a Comment