Tuesday, 12 February 2019

puding karamel

... lama sangat-sangat tak buat sebab Kak Monie tak suka tapi isi rumah suka. Dik tersilap buka buka susu cair 2 kali ketika buat kek gula hangus yang menggunakan susu pekat - kalau tersilap sekali boleh dimaafkan - ini 2 kali! Entahlah apa dalam kepala ketika itu sehingga terbuka 2 tin. Setelah 5 hari susu terperok dalam peti sejuk, sebelum rosak elok dibuatkan sesuatu - nak buat puding karamel roti tak ada pula roti hu hu hu.



Resipi
5 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu kecil vanila
secubit garam
- kisar atau kocak dengan garfu

karamal:
1 cawan gula
1 cawan air panas

- buat karamel
- letak dalam loyang
- masukkan adunan telur
- kukus 20 minit

No comments:

Post a Comment