... suasana hujan sepanjang minggu mendorong rasa nak makan sesuatu perasa kulit kayu manis, mula fikirkan monkey bread, apple puff, cinnamon rolls, apple cobbler, apple crumble, apple tart, apple pie dan segala mak nenek yang terlintas. Kak Monie mula buat carian di internet mengenai kek epal dan kemudian pandai-pandai begar atau derhaka sikit dengan gabungan beberapa resipi dan juga logik akal he he he. Buatlah apapun asal boleh dimakan dan lagi apa nak dikisahkan, yang membuatnya kita dan yang memakannya pun kita juga!!!
Resipi
bahan kek:
1 mentega (250g)
3/4 cawan gula perang
4 biji telur
2 cawan tepung kek
1 sudu kecil baking powder
4 biji epal - dadu
2-3 sudu besar oren Sunquick
- potong epal dan campur oren
- fungsi oren mengelakkan epal sebam
2 sudu besar madu
- fungsi melembabkan kek
1 penutup esen vanila
bahan tabur:
125 margerin (mentega dah habis)
1 cawan gula perang
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kfc serbuk kayu manis
- gaul menjadi serbuk
cara penyediaan:
kirm gula dan mentega
masukkan telur dan vanila
masukkan tepung kek
masukkan epal
- tinggalkan 4-5 sudu epal
letakkan adunan dalam loyang
- loyang yang boleh dibuka
- alas dengan kertas minyak
letakkan baki epal di atas adunan kek
letakkan bahan tabur
- tekan manja bahan tabur
- bakar 180 selama 45 minit
***percubaan selepas ini Kak Monie akan sediakan sebiji epal dadu untuk di tabur atas adunan kek sebelum bahan tabur
No comments:
Post a Comment