... famili abang ipar nak melawat Kuala Lumpur sempena cuti sekolah dan juga melayan anak-anak kecil, kebetulan adik pun ada di sini - ajak semua sekali. Memang kalut le sebab tak biasa masak dalam kuantiti yang banyak sehingga nak masak nasi pun tak tau nak jumlah dan congak beras he he he
proses memerap ayam sekitar 10 pagi
Sehari sebelum gader keluarga ni, minta first girl buatkan kek belang sebab anak-anak saudara Kak Monie memang pengemar kek ni. Setelah masak Kak Monie teringin pula nak rasa sebab masih panas - setelah di potong memang tak selamatlah kek ni dalam rumah, tambahan first son balik kerja dan kek masih panas, Tinggal separuh dikerjakan tuan rumah, belum pun tengah malam dan esok seharian lagi sampai tunggu ke malam... Alamatnya esok pagi minta first girl buatkan sebiji lagi