... entah kenapa rasa nak makan pula pasembur ni tetapi disebabkan sakit lutut banyak ramuan yang tidak dimasukkan seperti udang, kacang pun letak sikit sahaja - daripada pembacaan tentang ostereoartritis digalakkan kurang pengambilan makanan laut seperti udang, siput, sotong, organ dalaman daripada ternakan atau ikan, daging, kekacang dan sayur kekacang hu hu hu.
Cucur udang gorengan pertama memang tak letak udang, yang seterusnya letak udang kertas - nikmat yang telah ditarik sedikit demi sedikit
Resipi
cucur udang
tauhu goreng
sengkuang
timun
telur rebus
mi
kuah:
1 ubi keledek oren - rebus dan kisar
3 bawang besar
3 bawang putih
15 cili kering
- goreng dengan sedikit minyak dan kisar
1 sudu besar asam jawa
1 ketul gula kabung
10 keping biskut marie - kisar
2 sudu makan kacang goreng - kisar
1 kiub ayam
2 cawan air
garam
- masak semua dalam periuk
- mendidih dan perasakan
No comments:
Post a Comment