Monday, 10 December 2018

sawan rajin

.. pada Sabtu, 8 Disember 2018, terajin memasak untuk keluarga dalam rumah, keluarga Lembah Keramat, second girl bawa bekal balik ke asrama dan juga meraikan tetamu jauh dari Batu  Gajah dan 'port' gader-gader kami biasalah di  Wangsa Maju - tudia sawan rajin Kak Monie mai dah he he he.


Seawal pukul 6.00 pagi mula ke dapur macam lipas kudung.  Mula sekali buat kek sebab perlu direhatkan satu jam, kemudian tanak pulut dalam noxxa (he he he sebab switch ada dua untuk atur jadual masa untuk masak nasi dan kek serta kisar bahan sambal), masak nasi lemak, buatkan dua jenis sambal; sambal biasa dan sambal ikan bilis goreng, goreng kacang dan ikan masin. Kemudian  goreng tauhu dan dikuti goreng ayam - punya berkira conggak mana dulu mana kemudian he he he. Goreng ayam dua ekor sambil buat inti kelapa. First son datang sarapan pukul 8.30 sebelum pergi kerja...tulah dah bagi tau kalau sawan rajin datang memang menjadi-jadi he he he.



kek sarang semut, set nasi lemak - sambal biasa, timun, telur rebus, ayam goreng dan kacang goreng. Set pulut - sambal ikan bilis goreng, ikan masin tamban kiat dan inti kelapa. Asesori untuk pasembur yang akan dibeli sebelum bertandang ke Wangsa Maju - telur rebus, ayam goreng, tauhu goreng dan mi (mi dan tauhu dah selamat dibungkus dalam plastik). 

No comments:

Post a Comment