Monday, 31 December 2018

gader keluarga

... famili abang ipar nak melawat Kuala Lumpur sempena cuti sekolah dan juga melayan anak-anak kecil, kebetulan adik pun ada di sini - ajak semua sekali. Memang kalut le sebab tak biasa masak dalam kuantiti yang banyak sehingga nak masak nasi pun tak tau nak jumlah dan congak beras he he he











 






















proses memerap ayam sekitar 10 pagi




Sehari sebelum gader keluarga ni, minta first girl buatkan kek belang sebab anak-anak saudara Kak Monie memang pengemar kek ni. Setelah masak Kak Monie teringin pula nak rasa sebab masih panas - setelah di potong memang tak selamatlah kek ni dalam rumah, tambahan first son balik kerja dan kek masih panas, Tinggal separuh dikerjakan tuan rumah, belum pun tengah malam dan esok seharian lagi sampai tunggu ke malam... Alamatnya esok pagi minta first girl buatkan sebiji lagi


 



Tuesday, 25 December 2018

cuti tetap makan

... pada 25 Disember 2018, Kak Monie sakit juga kaki tapi tekak tetap nak makan, pastu gaduh GEMUK!!! Makan je sebab cuti dan sebab lapar atau kenyang pun makan je le, orang kata cheat day, masalahnya hari-hari cheat day


ayam golek merah



pasembur


makan dulu  kemudian baru fikir orang lain


kenyang baru bungkus untuk keluarga Lembah Keramat


kek belang tukar kaler, asyik kuning merah hijau je


ayam golek merah

... guna Noxxa, tidak menyemakkan dapur, mudah dan cepat (jimat tak pasti kena tunggu bil elektrik hujung bulan). Sue Kuching dah guna ke Noxxa tuuu...? Bila lagi nak guna, simpan pun tak akan biak he he he...



keluarkan ayam


sambung masak - stir fry


gemuk dak?


segak ayam ni ada cutex lagi, agak nak raya kut he he he


Resipi
1 ayam
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula kabung

bahan kisar:
3 bawang besar
3 bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit
2 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar lada hitam

- perap satu jam atau lebih
- high pressure 10 minit
- ubah posisi ayam
- high pressure 10 minit
- keluarkan ayam
- stir fry kuah hingga pekat
- curah kuah atas ayam