Friday 17 July 2020

nasi lemuni

...dua kali masak nasi lemuni bulan ini pada 2 /7 dan 14/7


dua periuk untuk jadikan10 cawan




untuk Kak Ani - beliau hantar gambar selepas terima nasi lemuni

Daun lemuni selepas 14 hari - Kak Monie renjis air agak banyak, balut daun dalam suratkhabar, letak di dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk bahagian biasa bukan bahagian sayur/buah. Kak Monie dapati daun masih elok tanpa hitam sedikitpun. Ini gambar selepas 14 hari di dalam peti sejuk. Kak Monie masak 6 cawan beras.



14/7 masak nasi lemuni 6 cawan dimakan bersama-sama basamah ayam




Resipi
3 cawan beras
1 cawan santan kotak
4 cawan air (ikut jenis beras)
segenggam pucuk lemuni hitam
garam
1/2 biji bawang besar
10 biji lada hitam

- cecair 5 cawan
- kisar lemuni dan bawang dengan air
- masuk semua dalam periuk elektrik
- masak seperti biasa
- makan bersama-sama sambal tumis, ayam goreng, timun, ikan masin seperti hidangan nasi lemak (contoh kacang goreng, rendang, sambal sotong atau udang dan sebagainya).


No comments:

Post a Comment