...sempena persahabatan
Terima kasih Jiah kerana pemberian set duralex serba enam ini yang mengingatkan Kak Monie pada awal tahun 70an, bapa dan mak beli untuk kegunaan harian. Set yang Kak Monie dapat masih seperti baharu tanpa calar sebab penggunaannya sangat minimum. Emak Jiah ada banyak set bertujuan untuk majlis seperti kenuri-kenara. Kebetulan ruang penyimpanan yang terhad membuatkan beliau menyimpan dua set sahaja - yang lain disedekahkan.

Set pinggan hijau keluarga Kak Monie berada di Baling di rumah kakak nombor dua - dengan lebih banyak model seperti mangkuk sup besar dan kecil, pinggan nasi tambah, pinggan bujur besar, piring sambal dan mangkuk bubur. Kak Monie akan menukar penggunaan dengan pinggan aropal dan correlle. Hemmm teringat pinggan di Baling, ada set dinner pinggan jenis arcopal bunga biru Romantique dan Stoneware - dah masuk tak boleh keluar hu hu hu
No comments:
Post a Comment