Monday, 31 August 2020

bubur asyura 2

 ...@ boq sora he he he pada 10 Muharam bersamaan 29 Ogos 2020. Buat kali kedua berturut-turut kerana tidak puas hati resipi kelmarin terlupa goreng kacang hijau sebelum direbus he he he.

Ni baru terasa boq sora ori - kan kan kan!



Resipi

2 cawan tepung beras + 2 sudu besar
6 cawan santan - 2 biji kelapa
1 1/2cawan gula perang
1/2 cawan gula putih
1/2 tin jagung (ada yang krim je)
1 cawan kacang hijau 
 - goreng dan rebus
 - guna 1 cawan sahaja yang telah dimasak
1 cawan kiub ubi keledek rebus
7 biji pisang emas - potong bulat
1 cawan kacang tanah- sangai buang kulit
garam
daun pandan

- kacau tepung, santan dan gula sampai masak
- masukkan kacang hijau
- masukkan yang keledek
- masukkan kacang tanah dan tutup api
- sekitar 5 minit masukkan pisang dan masukkan dalam bekas


No comments:

Post a Comment