...bersarapan di Dulang Emas dan sempat berjumpa sahabat sekolah dan junior kami yang jauh lebih muda. Perjalanan balik secara santai selepas sarapan bertujuan untuk singgah berjumpa sahabat di sepanjang perjalanan mungkin di Tapah. Sekitar 11.15 pagi ketika sampai di Rawang kami dimaklumkan sahabat kami dalam perjalanan ke dusun durian di Kalumpang dan mereka sedang berkumpul di tol Tanjung Malim. Kami terkebelakang sekitar 10 km sahaja - rezeki kami masih ada.
Dusun berkenaan sekitar 3 km dari tol Tanjung Malim - dusun di atas tanah rata sehingga kenderaan boleh sampai ke tepi dangau. Bekas kebun getah yang dipugar menjadi dusun durian. Rezeki kami untuk berjumpa sahabat serta menikmati durian musang king, duri hitam, puteri, D24 dan kampung. Jupa kami dapat berkenalan dengan empunya dusun Dato' Rosli - salam perkenalan Dato'. Mula kami berkumpul di tol kami dimaklumkan bahawa musang king sudah habis tetapi bila kami sampai terdapat empat biji musang king dan tiga biji duri hitam luruh (buah sesat agaknya he he he) - rezeki namanya.
Ketika menikmati durian banyak juga lagi kami dengar buah luruh dan sahabat pergi mengutipnya sekitar lebih daripada 10 biji durian yang dikutipnya. Juga rezeki anak-anak untuk menikmati durian yang sudah hampir di penghujung musim. Sempat kami kirimkan durian melalui sahabat yang balik ke Keyel - hemmm rezeki tak salah alamat kan!
No comments:
Post a Comment