Friday, 24 September 2021

kek epal kuali

 gambar dan resipi ihsan Kak Monie, adaptasi resipi di internet











Kak Monie tak perasan kuali leper (saucepan) ada, kebetulan sedang berisi sambal telur - memang saiz yang sama. Terhegeh-hegeh Kak Monie menterbalikkan kek ni he he he








Resipi

3 biji epal Lady Pink - potong wedges
4 sudu besar gula
1 biji jus limau nipis
serbuk kulit kayu manis
- masak dalam saucepan sehingga epal kekuningan
- letak adunan kek di atasnya

adunan kek:
2 biji telur
5 sudu besar gula
1 cawan 1/2 and 1/2 (half and half) @ yogurt @ krim
1.5 cawan tepung kek
3 sudu besar mentega
secubit garam (sebab unsalted butter)
- pukul telur dan gula sehingga sebati (guna pengadun telur @ whisk)
- masukkan 1/2 n 1/2 dan mentega
- masukkan tepung
- letak adunan di atas adunan epal
- tutup dengan tudung periuk @  saucepan lid
- masak selama15 minit api paling kecil
- kemudian terbalikan atas tudung periuk
- letak semula kek di dalam saucepan
- masak 10 minit lagi





No comments:

Post a Comment